HIKMAH
Home 

Words Of Wisdom

Hikmah

Kebenaran

Kehidupan

Links

E-mail

AC/DC 

Dylan's Page

Guest Book

REMINDER

Photo3 Page

Photo4 Page

Photo5 Page


BEBAS MERDEKA DARI PERBUDAKAN ALAM SEMESTA.
KETAHUILAH bahawa faedah sinar makrifat dan ilmu Ketuhanan yang datang langsung dari Allah swt kepada hati sebahagian hamba-hambaNya itu ada tiga macam:-

Pertama, dengan nikmat itu hamba Allah yang bersangkutan menerimanya dan dengannya pula diri dan jiwanya pula datang kepada Allah dan terus berjalan atas jalannya tanpa ada sesuatu alasan atau sesuatu sebab. Maksudnya si hamba itu dengan kedatangan sinar makrifat itu terus dengan serta merta hatinya menghadap kepada Allah dan diikuti oleh amal perbuatannya. Asyik dan tenggelamlah dia didalam menghadap Allah dan beribadat kepadaNya. Tidak ada satu pun perasaan dalam hatinya, bahawa ada sesuatu yang selain Allah yang telah mendorongnya untuk yang demikian itu.

Kedua, dengan datangnya ilmu makrifat itu sebagai kurnia Allah keatas hati sebahagian hambaNya, maka secara langsung Dia mengeluarkan hambaNya itu dari penyembahan, perbudakan serta cenderung hati kepada makhluk alam mayapada ini. Kita sebagai makhluk Tuhan telah diberikan nikmat yang bermacam-macam oleh Allah swt seperti nikmat harta kekayaan, rumah, kenderaan dan harta kekayaan yang lainnya. Semuanya itu pada hakikatnya bukan milik kita, tetapi milik Allah swt. Semuanya itu adalah pinjaman-pinjaman Tuhan kepada kita, bahkan diri kita ini pada hakikatnya adalah tamu Allah yang datang sebentar di dunia ini dan kemudian ia harus meninggalkannya. Maka syair ada menyebutkan:
"Dan tidaklah harta dan keluarga melainkan merupakan pinjaman-pinjaman belaka.
Dan tidak dapat tidak pada satu hari, bahwa dikembalikan pinjaman-pinjaman itu semua."


Kalaulah demikian halnya, kita dilarang oleh agama, dipengaruhi atau terpengaruh dengan harta dan benda-benda dunia. Kita tidak boleh diperbudakkan oleh harta dan alam maya. Kita boleh mencintai keluarga, anak-anak, harta benda dan lain sebagainya, tetapi kecintaan kita kepada semua itu hendaklah diatas jalan yang telah diatur oleh agama dan diridhai oleh Penciptanya.

Jika cinta kita kepadanya itu menghambat kita daripada jalan Allah atau mengurangi pegangan kita kepadaNya, maka ini adalah tercela dan tidak diridhai oleh Allah swt. Oleh sebab itu kita harus dapat membatasi diri kita agar kecintaan kita kepada makhluk dan dunia jangan sampai mempengaruhi kita sehingga kita melupakan Allah swt dengan ajaran-ajaran agamaNya.

Perintah-perintah agama dan anjuran-anjuranNya hendaklah kita patuhi, kita kerjakan semuanya itu tanpa bosan dan hendaklah semata-mata kerana Allah swt. Berkat keyakinan kita dalam mengerjakan amal ibadat itu, Insya Allah kita akan dikurniai Allah perbaikan diri yang meningkatkan kita dari tingkatan rendah kepada tingkatan atas. Perbaikan diri itu ialah kurnia Tuhan pada hati kita dimana dengannya hati kita lebih terikat kepada Allah dan betul-betul menggantungkan diri kepadaNya, sehingga kita aman dari musuh-musuh yang ingin merampas kita dari jalan yang lurus yang berupa iblis dan syaithan, dan kita merdeka dari menjadi hamba dunia.

Jangan ada persangkaan, bahawa kita tidak boleh mencari kekayaan dan tidak boleh memiliki dunia ini sebanyak-banyaknya, baik yang bersifat harta dan milik, ataupun yang bersifat pangkat dan kedudukan. Ajaran agama kita membolehkan semuanya itu, tetapi dengan syarat kita jangan bersandar kepada dunia yang ada pada kita tetapi bersandarlah kepada Allah, sebab Allah yang menjadikan semuanya itu. Jangan kita berpegang kepada anggapan bahawa seolah-olah dunialah yang menyelamatkan kita, tetapi berpeganglah kepada Allah, kerana Allah telah mengurniakan dunia itu kepada kita. Jangan kita melihat, bahawa dunia itu ada padanya kekuasaan, tetapi yang berkuasa dengan sebenarnya adalah Allah swt. Jika kita bersandar kepada dunia, berpegang kepada dunia dan melihat bahawa dunialah yang dapat membantu kita, yakni harta dan kekuasaan, pengaruh dan kedudukan, yang mana menurut perasaan kita boleh menyelamatkan kita, maka ini bermaksud bahawa kita telah mabuk dunia!



 
Awas! akan waktu-waktu dimana kita akan dibohongi oleh dunia itu sendiri. Banyak contoh kejadian yang pernah kita lihat dalam masyarakat kita, seperti orang berpangkat tinggi dengan kekuasaan yang besar, akhirnya kekuasaan itu dicabut oleh Allah, demikian juga dengan orang kaya besar, jika Allah menghendaki hartanya diambil olehNya, maka ia kembali kepada asal mulanya. Kerana itu maka telah berkata Nabi Isa a.s:
"Jangan kamu jadikan dunia ini sebagai Tuhan, niscaya dunia akan menjadikan kamu hamba yang hina. Simpanlah simpanan-simpananmu pada Tuhan yang tidak akan menyia-nyiakan simpanan-simpanan itu, kerana orang yang menyimpankan simpanannya pada dunia ia takut akan datang kerusakan atas simpanannya itu, sedangkan orang yang menyimpankan simpanannya pada Allah tidak ada ketakutan atasnya."

Diriwayatkan pada suatu hari Nabi Sulaiman bin Daud a.s. terbang diatas kenderaannya yang diterbangkan angin, burung-burung sebagai payungnya, jin-jin dan manusia-manusia dikanan kirinya. Nabi Sulaiman dalam perjalanan terbangnya itu berjumpa dengan seorang hamba Allah yang pekerjaannya hanyalah beribadat semata-mata. Hamba Allah dari keturunan Israil itu berkata kepada Nabi Sulaiman: "Demi Allah, wahai putera Daud, sesungguhnya Allah telah mendatangkan kepada mu kerajaan yang maha besar." Nabi Sulaiman menjawab: "Sesungguhnya satu kali tasbih yang tercatat dalam buku orang beriman adalah lebih baik dari apa yang telah diberikan Allah kepada putera Daud."

Sebab pemberian Allah kepada putera Daud akan hilang dan fana, sedangkan sekali tasbih yang diucapkan akan kekal selama-lamanya. Demikianlah perbandingan antara dunia dengan amal ibadat yang semata-mata kerana Allah swt.


(bersambung)