BENAR, SABAR DAN REDHA
Home 

Words Of Wisdom

Hikmah

Kebenaran

Kehidupan

Links

E-mail

AC/DC 

Dylan's Page

Guest Book

REMINDER

Photo3 Page

Photo4 Page

Photo5 Page


IMAN, ISLAM, EHSAN (SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT)
HAKIKAT TANPA SYARIAT BATAL
SYARIAT TANPA HAKIKAT KECEWA

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya telah Kami turunkan atas kamu pakaian akan menutup kemaluan kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian taqwa; tetapi inilah yang lebih baik. Yang demikian itu adalah dari ayat-ayat Allah, mudah-mudahan mereka akan ingat." [Al A'raaf:26]

Dan walaupun Kami turunkan kepada mereka Malaikat dan Kami percakapkan kepada mereka orang mati dan Kami kumpulkan atas mereka segala sesuatu berhadapan, niscayalah mereka tidak akan beriman, kecuali bahawa Allah menghendaki. Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu. Dan demikianlah, Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, setan-setan manusia dan jin, membisikkan setengah mereka kepada yang setengah kata-kata yang lemak manis sebagai tipu daya. Dan jikalau Tuhan engkau menghendaki tidaklah mereka berbuat begitu. Maka biarkanlah mereka dengan apa yang mereka buat-buatkan itu. Dan supaya tertarik kepadanya hati orang-orang yang tidak percaya kepada akhirat, dan supaya mereka ridha kepadanya dan supaya mereka kerjakan kejelekan apa yang mereka hendak kerjakan. [Al An'aam:111:113]

Wahai anak-anak Adam! Janganlah sampai menipu akan kamu syaitan itu, sebagaimana telah dikeluarkannya kedua ibubapa mu dari syurga, dia tarik dari keduanya pakaian keduanya, supaya kelihatan oleh keduanya kemaluan mereka; Sesungguhnya dia itu melihat kamu, dia dan golongannya, dalam pada itu kamu tidak melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman." [Al A'raaf:27]

"Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari antara kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Kami, maka barangsiapa yang bertaqwa dan berbuat kebaikan, tidaklah akan ada ketakutan atas mereka dan tidaklah mereka akan berdukacita." [Al A'raaf:35]

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah perhiasan kamu pada tiap-tiap mesjid dan makanlah kamu dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan." [Al A'raaf:31]

"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat kedustaan atas nama Allah atau mendustakan ayat-ayatNya? Mereka itu akan dicapai oleh nasib mereka dari dalam Al Kitab. Sehingga apabila datang kepada mereka Utusan-utusan Kami, yang akan mewafatkan mereka, sambil bertanya,"Dimanakah apa yang telah kamu seru selain dari Allah itu? Mereka menjawab : "Mereka telah hilang daripada kami, dan mereka pun menyaksikan atas diri mereka sendiri-sendiri bahawasanya mereka dahulunya memang telah kafir." [Al A'raaf:37]

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah Dia keluarkan untuk hamba-hambaNya dan yang baik-baik dari kurniaNya?" Katakanlah: "Dia adalah untuk orang-orang yang beriman didalam hidup di dunia dan khusus (untuk mereka) di hari kiamat." Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui. [Al A'raaf:32]

Katakanlah:"Sesungguhnya yang diharamkan oleh Tuhanku hanyalah kejahatan-kejahatan, mana yang zahir daripadanya dan mana yang batin, dan dosa dan keaniayaan dengan tidak benar dan bahawa kamu persekutukan dengan Allah sesuatu yang tidak Dia turunkan keterangannya, dan bahawa kamu berkata atas (nama) Allah barang yang tidak kamu ketahui." [Al A'raaf:33]

" Sesungguhnya menghairankan sikap hidup orang yang beriman itu. Sesungguhnya hal ehwal orang yang beriman itu selalu baik dan itu tidak terdapat kecuali pada orang beriman. Kalau dia ditimpa oleh kesenangan dia bersyukur. Maka itupun membaikkan kepadanya. Dan kalau dia ditimpa oleh suatu kemelaratan, dia pun bersabar. Itupun membaikkan juga untuk dirinya. "(Dirawikan oleh Muslim)

Image


"Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul, akan engkau lihat air mata mereka meleleh lantaran apa yang telah mereka ketahui setengah dari kebenaran, merekapun berkata,"Ya Tuhan kami telah percaya, sebab itu tuliskanlah kami dari golongan orang yang menyaksikan. Mengapalah kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada yang datang kepada kami daripada kebenaran dan rindulah kami bahawa dimasukkan kami oleh Tuhan kami beserta kaum yang saleh. Maka memberi pahala lah Allah kepada mereka lantaran apa yang telah mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, kekal mereka didalamnya. Dan itulah ganjaran bagi orang-orang yang berbuat baik. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, adalah mereka itu ahli neraka." (Al Maa-idah:83:86)